IBU BAPA TERHARU BILA LIHAT ANAK BOLEH
BACA DAN HAFAL AL QURAN
Mahukah anak anda pandai baca dan hafal Al Quran, mahir Fardhu Ain, handal Akademik dan terbentuk akhlaknya? Adakah anda mahu kami bantu 3 perkara ini di prasekolahnya?
#1. Nak yang terbaik?
Anda nak yang terbaik untuk anak, dalam keadaan anda sibuk bekerja?
#2. Nak didikan Agama?
Anda nak anak terdidik dengan Al Quran dan agama dan menjadi anak soleh solehah, persediaan untuk masa depan?
#3. Nak mahir Akademik?
Anda mahu anak juga mahir asas akademik sebelum bersekolah, sebab penting akademik pada zaman ni?
Di Al Baghdadi Playtime Centre Ibu Ayah Rasa terjamin masa depan anak-anak dengan Al Quran dan Akademik yang mantap. Prasekolah Al Quran Pilihan Ibu Bapa Malaysia!
APA ITU APC?
______________
Prasekolah dan Pratahfiz Al Baghdadi yang beri anda ketenangan jiwa bila anak-anak yang dikasihi pandai membaca Al Quran dan suka hafal Al Quran dengan kaedah Teknik Al Baghdadi yang Unlock mereka menjadi bijak dan Genius dengan Al Quran.
Bukan itu sahaja, mereka suka membaca buku Bahasa Melayu atau English dan sudah bersedia untuk menerima ilmu sebelum sekolah rendah.
ANDA SANGGUP FIKIR BEGINI?
______________
Belajar Agama? nantilah..
Susah payah kita lahirkan, dan besarkan anak dan kita lepaskan masa 6 tahun pertama ini. Bertangguh untuk beri Al Quran… Peluang ini tak datang balik. Anak mungkin berisiko untuk semakin jauh dari Al Quran..
Al Quran? Nantilah Dulu..
Al Quran paling mudah diserap dalam usia ini. Lepas ni mereka makin sibuk. Sekolah makin banyak aktiviti. Ramai anak remaja yang masih tak boleh membaca Al Quran. Anda nak mereka dapat nasib yang sama?
Sanggup anak ketinggalan?
Tahap pembelajaran makin tinggi di sekolah rendah nanti. Sanggup nak biarkan anak tak bersedia dan ketinggalan dan tak sediakan mereka dengan asas akademik yang baik?
ANDA NAK INI UNTUK ANAK, TAPI MASALAHNYA..
______________
Nak anak rapat dengan Al Quran , tapi tak tahu cara bagaimana. Pernah try tak berjaya.
Nak anak jadi bijak, belajar macam macam. Masalahnya, terlalu banyak pilihan jadi tak tahu yang mana terbaik untuk anak.
Nak anak belajar Al Quran, belajar agama, tapi diri sendiri agak sibuk. Bagaimana nak dapat tempat yang boleh beri Al Quran dengan berkesan sepajang tempoh anak berada di tadika
Nak anak belajar al Quran, tapi nak juga akademik dan kemahiran-kemahiran asas sebelum masuk darjah satu.
Nak anak belajar Al Quran, tapi keliru yang mana lagi penting dibandingkan dengan akademik? Tapi kalau boleh memang nak pilih Al Quran.
IMPIAN ANDA TERCAPAI BILA ANAK ANDA BERJAYA DI APC
______________
Belajar Agama, Al-Quran & Akademik. Alhamdulillah semua subjek ada. Lengkap dah di bawah satu bumbung gitu.
Tak perlu pening-pening nak hantar tuisyen dan hantar anak kelas ngaji Quran dah. Siang ke sekolah, malam masa berkualiti dengan ibu bapa. Sangat jimat belanja & sangat jimat masa. Berbaloi!
Jadilah ibu bapa bijak dengan memilih al Quran sebagai asas pembinaan kebijaksanan anak-anak anda🎓
Al Quran dan Agama diUtamakan
Al Quran adalah sumber utama ilmu. Anak-anak akan belajar dengan gembira.
Ilmu Sains dan Bahasa
Semakin Bijaksana
Potensi Jadi Genius
Semakin Cerdik
Al Quran adalah pilihan terbaik untuk anak anda.
Di APC, kami bantu anda beri yang terbaik pada anak anda dengan pendidikan Al Quran yang tersusun dan sistematik.
Apa kata Ibu Bapa APC yang Gembira?
______________
“Saya pilih sebab di APC ada program Al Quran dan Akademik. Lepas masuk APC, dalam tempoh setahun, dia boleh membaca, kenal huruf, boleh menghafal dan banyak sangat perkembangannya dalam 1 tahun.”
En Mohd Izzadham
@ Bapa Qistina Izzati, 5 Tahun
“Saya APC jadi pilihan saya, bila saya survey sekolah, saya nmpk sistem Al Baghdadi ajar anak boleh hafaz dengan cepat, anak-anak cintakan al Quran, belajar solat ni kena dengan apa yang saya nak. Saya hantar anak saya utk full program sebab mudah hantar 1 tempat dan sangat berbaloi.”
Puan Hazwani
@ Ibu Amnaa Arysaa, 4 Tahun
“Saya nak anak lebih kepada ilmu agama. Dan APC boleh didik anak hafaz seawal 4 tahun. Kami pun dan survey dan kelebihan system pembelajaran yang berbeza. Sangat berbaloi dengan program2 tambahan yg diberi.”
Pn Salihah
@ Ibu Syasya, 4 Tahun
Apa yang anak akan rasai di APC?
______________
#1. Anak APC Akan Seronok Belajar
APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.
#2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi
Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.
#3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS
Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.
#4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap
Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.
Tak terkata Kegembiraan Ibu Bapa
______________
“Bila mula belajar dengan Teknik Al Baghdadi, dia begitu tertarik. Dalam tempoh yang singkat dh boleh habis buku asas Al Baghdadi. Bila dia belajar, dia rasa seronok dan Nampak macam bermain, tetapi sebenarnya dia belajar. Alhamdulillah dah boleh baca Al Quran dan khatam sebelum usia 6 tahun.”
Puan Anisah Manaf
@ Ibu Adik Sofiyyah Jamilah
“Selepas anak saya belajar Teknik Al Baghdadi di APC, dia secara sendirinya suka nak guna Alat ketuk tu. Dan Alhamdulillah dengan Teknik Al Baghdadi, anak saya boleh miliki kemahiran membaca Al Quran dengan cepat dan mudah. Atas minat tersebut, anak saya sebelum 6 tahun dah khatam Al Quran.”
Puan Nurenash
@ Ibu Adik Layna Huda (Ikon Pelajar 2015)
“Zharfan Mula masuk belajar umur 5 tahun. Subhanallah, Teknik Al Baghdadi meraikan dunia anak-anak bermain. Dia rasa seronok sampai nak baca lagi dan lagi. Sampai dia cakap Seronoknya baca Al Quran. Zharfan khatam pada usia 5 tahun.”
Ustazah Rosnani
@ Guru Adik Zharfan
Mesti nak tahu lanjut kan?
Apa yang anak akan belajar di APC?
______________
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang diadun untuk menghasilkan anak-anak yang bijaksana, cerdik, dan genius dengan Al Quran dalam proses belajar yang Seronok dan Mudah. Mahir Al Quran, hebat Akademik.
#1. Pandai Baca & Hafal Al Quran
Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.
#2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab
Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.
#3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!
Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif mengaktifkan
#4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.
Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.
Aktiviti best anak2 sepanjang tahun?
______________
Annual Field Trip
Muslim yang hebat ialah muslim yang melihat keindahan alam dan berfikir serta berzikir. Dalam aktiviti Annual Trip anak-anak akan merasainya.
Sports day
Muslim yang bagus ialah muslim yang kuat! Hari sukan tahunan untuk mengasah kekuatan fizikal dan mental anak-anak sambil menyihatkan badan.
Graduation & Talent Day
Bakat anak-anak dicungkil dan dipersembahkan kepada ibu bapa di hari Graduation and Talent day pada setiap tahun. Seronok tengok gelagat mereka.
KISAH KEJAYAAN PELAJAR YANG MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
______________
En Mohd Izzadham
@ Bapa Qistina Izzati, 5 Tahun
Puan Hazwani
@ Ibu Amnaa Arysaa, 4 Tahun
Ada Kekosongan Tempat?
______________
SESI 2022
4 Tahun = 15 Kekosongan sahaja lagi
5 Tahun (Group 2) = 15 Kekosongan sahaja lagi
6 Tahun = 15 Kekosongan sahaja lagi
Lokasi
Taman Samudera
Sederet dengan 99 Speedmart
Daftar Preview
Mesti nak tahu lanjut kan?
KAMI KOMITED UNTUK BANTU LAHIRKAN GENERASI GENIUS DENGAN AL QURAN
Kami guru-guru di APC Komited nak membantu anak-anak anda dengan pendidikan AL Quran supaya anda tak perlu bimbang dengan keadaan mereka dan masa depan mereka. Serahkan kepada kami.
Mesti nak tahu lanjut kan?
Seperti yang dilihat di
Penerima Pengiktirafan
ADA SOALAN BERKENAAN TADIKA UNTUK ANAK ANDA?